Kategori


Tuesday, January 24, 2012

Socatots.

"Socatots is the first such programme in the world to teach basic ball skills, movement and co-ordination exercises to children from as young as six months old."

Dengan menggunakan bolasepak bersaiz dua dan seberat bola futsal, kanak-kanak yang mengikuti program Socatots diajar cara menggelecek bola secara Samba. Program ini dah lama dijalankan di England dan hasil daripada program ini maka muncullah pemain seperti Micah Richards dan Theo Walcott.


Pernahkah anda terfikir apakah yang akan berlaku sekiranya program ini dijalankan di Malaysia?

Atau anda sudahpun berpuas hati dengan kejayaan Malaysia menggondol Pingat Emas Olimpik (Pingat Emas Sukan SEA) dan Piala Dunia (Piala Suzuki AFF)?

Atau anda semua sudah yakin dengan kelibat anak muda Nazmi Faiz bahawa beliau mampu membawa bolasepak Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi?

Itu bermakna anda adalah seorang yang cepat klimaks dengan kejayaan yang telah Malaysia capai setakat ini, mahupun di ranjang, dan sungguh yakin bahawa kelibat seorang pemain muda yang berbakat besar mampu membawa perubahan yang besar kepada bolasepak Malaysia.

Tetapi anda silap. Bolasepak Malaysia tidak akan maju sekiranya setiap persatuan negeri ataupun kelab-kelab yang bersaing di liga bolasepak Malaysia tidak berusaha untuk menubuhkan kelab akademi remaja mereka bagi melahirkan lebih ramai lagi pemain muda yang berbakat dengan mengaplikasikan sistem Socatots dalam corak latihannya.

Memang ini hanyalah salah satu daripada inisiatif yang harus dilakukan. Tetapi tidak salah jika kita mahu mencuba bukan? Kepada kelab-kelab dan persatuan-persatuan bolasepak negeri, fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment