Kategori


Tuesday, January 24, 2012

Persepsi.

Kemajuan kotaraya ini telah membuatkan aku sedar bahawa diriku ini hanyalah insan biasa yang terperuk di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Terperangkap di tengah lautan insan yang berpusu-pusu mengejar kekayaan duniawi. Kini telah terlambat sudah bagiku untuk menongkah arus kehidupan yang terpaksa ku jalani. Aku patut tahu dari dulu lagi bahawa dunia ini tidak semestinya indah seperti yang aku bayangkan. Kehilangan orang yang tersayang, kekecewaan dalam percintaan, kegagalan dalam pelajaran dan banyak lagi dugaan yang telah aku lalui dengan hati yang tabah.

Socatots.

"Socatots is the first such programme in the world to teach basic ball skills, movement and co-ordination exercises to children from as young as six months old."

Dengan menggunakan bolasepak bersaiz dua dan seberat bola futsal, kanak-kanak yang mengikuti program Socatots diajar cara menggelecek bola secara Samba. Program ini dah lama dijalankan di England dan hasil daripada program ini maka muncullah pemain seperti Micah Richards dan Theo Walcott.