Kategori


Tuesday, January 24, 2012

Ideologi.

Bercakap tentang ideologi, semua orang mempunyai ideologi mereka sendiri dan agenda mereka sendiri di dalam hidup ini demi memacu hidup mereka ke arah yang mereka ingini. Ideologi ini tercipta akibat pemikiran manusia itu sendiri. Manusia sentiasa inginkan apa yang fikiran mereka keluarkan. Mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai keinginan mereka itu berteraskan ideologi mereka. Apabila ini berlaku, akan terjadinya percanggahan ideologi sesama manusia yang akan mengakibatkan pertelingkahan sesama mereka. Hanya kerana mereka mempunyai ideologi yang berbeza telah menyebabkan mereka berbalah sesama sendiri. Perbalahan inilah yang akan

menyebabkan perpecahan masyarakat akibat daripada kedegilan untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan rundingan. Ini ditambah lagi dengan campur tangan dan pengaruh kuasa-kuasa besar dunia yang kononnya ingin menamatkan perbalahan ini walhal mereka mempunyai niat jahat yang tertentu. Niat yang mungkin sekali akan menghancurkan ataupun memusnahkan perpaduan antara masyarakat dunia. Konklusinya, setiap manusia di dunia ini berpegang kepada ideologi yang berbeza. Ideologi itu bukannya apa yang kita inginkan ataupun sebagai pemecah perpaduan, tetapi ianya adalah apa yang kita percaya dan kita berpegang teguh kepada ideologi itu. Jangan peduli apa yang orang kata tentang ideologi kita itu, tapi peduli tentang apa yang mungkin kita akan capai dengan ideologi kita itu.

No comments:

Post a Comment