Kategori


Tuesday, January 24, 2012

Pilihan.

Hidup di dunia ini hanyalah sementara. Kita umpama seorang musafir di atas muka bumi ini untuk melengkapkan takdir yang memang sudah sedia tertulis untuk kita. Dalam hidup ini, kita perlulah bijak membuat pilihan. Pilihan daripada segi cara pemakaian sehinggalah kepada pemilihan pasangan hidup. Pelbagai pilihan yang tersedia untuk kita mungkin sekali akan mengaburi mata kita untuk membezakan antara pilihan yang baik dan buruk. Pilihan inilah yang akan menjadi penentu masa depan kita. Sama ada kita gagal atau berjaya dalam hidup, semua ini ditentukan oleh pilihan yang kita buat. Mungkin sekali terdapat begitu banyak sebab yang boleh mempengaruhi sesuatu pilihan yang kita buat itu.
Desakan daripada ahli keluarga, kesempitan hidup dan pelbagai lagi sebab yang boleh mempengaruhi pilihan yang kita buat. Pilihan yang akan menjadi penentu masa depan hidup kita datangnya ketika kita berada dalam usia remaja. Usia yang paling berharga sekali dalam hidup ini. Pilihan seperti menyambung pelajaran ke institut pengajian tinggi ataupun terus mencari kerja. Dua pilihan inilah yang sering membelenggu kita pada usia remaja. Dengan membuat pilihan yang betul pada usia ini, kita mungkin akan berjaya di dalam hidup kita. Tetapi harus diingat, pada usia ini jugalah kita akan leka dengan pelbagai bentuk hiburan yang berada di sekeliling kita. Apabila pilihan itu datang menghampiri kita, kita seringkali tersilap membuat pilihan. Ini mungkin sekali kerana kita sudah terlalu asyik dengan keseronokan yang sementara. Keseronokan yang akan berlalu dengan masa. Keseronokan yang hanya merugikan diri sendiri. Bak kata pepatah, “sesal dahulu sesal pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”. Pepatah ini seharusnya dijadikan peringatan supaya kita tidak tersilap dalam apa jua pilihan yang kita buat. Jadi beringatlah dalam apa jua pilihan yang kita buat. Jangan sesekali tersilap membuat pilihan kerana apabila ianya berlaku ianya akan mempengaruhi seluruh kehidupan kita. Oleh itu, buatlah pilihan yang bijak untuk kebaikan diri sendiri pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment