Kategori


Tuesday, January 24, 2012

Hormat.

Seringkali kita marah apabila warganegara negara jiran tidak menghormati lagu Negaraku apabila didendangkan. Tetapi hormatkah kita pada lagu kebangsaan negara mereka? Tidak sama sekali.

Berdasarkan pengalaman aku sendiri ketika menonton perlawanan Harimau Malaya menentang Sang Singa di Stadium Nasional Bukit Jalil beberapa bulan yang lepas, rakyat Malaysia sendiri tidak menghormati lagu kebangsaan Singapura ketika lagu itu didendangkan.
Jadi kenapa kita harus marah apabila orang lain mempermainkan lagu kebangsaan kita sedangkan kita sendiri tidak menghormati lagu kebangsaan mereka?

Memang bukan semua rakyat Malaysia yang bersikap begini, hanya terdapat segelintir yang layak digelar bangang dan tidak sedar diri. Mungkin mereka tidak pernah mendengar pepatah ini,

“Kerana air mani setitik, rosak maruah seorang perempuan.”

Walaubagaimanapun, golongan yang di atas ini tidaklah seteruk Ultras Malaya. Satu kumpulan yang ditubuhkan bertujuan untuk menyokong Harimau Malaya, kononnya. Menggelar negara lain anjing. Kerana apa? Hanya kerana pasukan bolasepak negara itu menentang pasukan bolasepak negara yang mereka sokong, yakni Malaysia.

Hormatilah orang lain jika anda mahu dihormati.

No comments:

Post a Comment