Kategori


Tuesday, January 24, 2012

Matlan Marjan.






Matlan Marjan menjaringkan dua gol untuk pasukan Malaysia ketika menentang pasukan England pada tahun 1991. Lagaknya persis Amri Yahya yang menjaringkan dua gol semasa pasukan Malaysia semasa menentang pasukan Manchester United beberapa tahun yang lalu.


Siapakah dia sebenarnya? Aku sendiri pun tak berapa kenal dengan dia sebab masa dia terkenal, aku masih lagi dalam kandungan emak aku. Tetapi setelah melihat video ini, barulah aku kenal siapa dia. Matlan Marjan berasal dari Sabah dan menabur bakti kepada pasukan bolasepak negeri itu di posisi penyerang.

Dia pernah mewakili pasukan kebangsaan menentang Aston Villa, England dan Flamengo XI. Dan pada tahun 1995, beliau bersama beberapa orang lagi rakannya yang juga bermain untuk pasukan bolasepak Negeri Di Bawah Bayu, ditangkap atas kesalahan mengatur perlawanan.

Meskipun tuduhan itu digugurkan akhirnya, tetapi beliau tetap dikenakan hukuman buang daerah sekaligus menamatkan penglibatannya dalam kancah bolasepak negara.

Sungguh sadis.

No comments:

Post a Comment