Kategori


Tuesday, January 24, 2012

Wang.

Hampir kesemua masalah di dunia ini berpunca daripada wang. Ekonomi dunia yang dimonopoli oleh sebuah negara Barat telah memburukkan lagi keadaan. Ini kerana mereka melakukan penjajahan dan pencerobohan ke atas negara lain bukan hanya melalui boneka-bonekanya yang memegang sepucuk senapang ataupun melalui sampan-sampan besinya yang dibina untuk memusnahkan, tetapi mereka juga melakukan penjajahan secara tidak langsung dengan menguasai dan mengeksploitasi ekonomi negara tersebut. Wang, satu perkara yang tidak boleh lepas daripada menjadi topik perbualan harian kita. Setiap hari kita memerlukan wang untuk membeli sesuatu ataupun membayar sesuatu.
Contohnya, kita perlukan wang untuk membayar pelbagai bil yang tertunggak. Kita juga perlukan wang untuk membeli keperluan harian seperti barang dapur dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan wang amat penting dalam kehidupan kita. Tetapi akibat wang jugalah timbulnya pelbagai perlakuan jenayah seperti peras ugut, korupsi, rompakan dan sebagainya. Perkara-perkara ini dilakukan oleh mereka yang tamakkan kekayaan duniawi dan ingin memperolehinya dengan cara yang mudah tanpa memikirkan akibatnya kepada orang lain. Mereka yang digelar sebagai penjenayah. Amat susah untuk kita mengenali penjenayah yang sememangnya sudah berada di sekeliling kita. Mereka ini sanggup melakukan apa saja hanya untuk mendapatkan keuntungan dengan mudah. Wang, adakalanya ia menyusahkan kita dan adakalanya ia juga menyenangkan kita. Ianya menyusahkan kita kerana kita perlukannya setiap masa dalam kehidupan kita. Itu jika kita tiada wang. Tetapi jika kita ada wang, kita boleh memperoleh pelbagai kesenangan di muka bumi ini. Kesenangan, walaupun ianya hanya sementara tetapi ianya akan menjadikan hidup kita ini lebih sempurna. Wang juga boleh merenggangkan hubungan kekeluargaan. Bapa sebagai ketua keluarga begitu sibuk mencari wang dengan menyelesaikan pelbagai kerja di pejabat sehingga tiada masa untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang daripada seorang bapa ini mungkin akan terjebak dengan pelbagai aktiviti sosial yang tidak elok di luar rumah.

No comments:

Post a Comment